DEFINISI RASUAH Perkataan "rasuah" berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi "al-risywah". Dalam Al-Quran rasuahdigolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. "Rasuah" ataupun "corruption" dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi "bribery and corruption" sebagai perbuatan "giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward" John B. Saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi "the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty". Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:- "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (Surah Al-Baqarah, ayat 188)
Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pula menyatakan:- "Corruption is better known as a practice which enables someone to obtain remuneration throughillegitimate means" Daripada definisi-definisi di atas jelas menunjukkan bahawa rasuah adalah sesuatu pemberian yang bernilai kepada seseorang yang mempunyai kuasa terhadap sesuatu peraturan atau perundangan. Secara umumnya sesuatu konsep perniagaan adalah bermatlamatkan keuntungan dari apa yang diusahakannya. Sebagai seseorang pengusaha “pemberian rasuah” yang diberikan kepada orang lain juga adalah merupakan suatu kos terhadap pengeluarannya. Sebagai contoh, pemaju perumahan yang memerlukan “Sijil Kelayakan Menduduki (CF)” akan menaikkan harga bagi rumah yang dijualnya apabila mereka telah memberikan rasuah. Sekiranya rasuah menjadi amalan, harga rumah akan terus meningkat kerana ianya juga merupakan sebahagian daripada kos operasinya. Tambahan pula pemaju juga boleh bertindak dengan membina rumah-rumah yang kurang berkualiti bagi mengurangkan kos pembinaannya.
Begitu juga dengan barang-barang pengguna yang lain juga akan meningkat sekiranya amalan keji ini menular di dalam negara ini. Peniaga akan menaikkan harga barangan bagi menampung kos pemberian rasuah ini. Peniaga akan memindahkan kos tambahan ini kepada pengguna. Oleh itu, pengguna pula akan dibebani dengan harga barang yang meningkat. Ini akan menjadi suatu ancaman kepada pengguna yang sedang menangani masalah-masalah kenaikan harga barang-barang.
1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.
2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.”
(Surah al-Fajr: 20)
3. Tidak bersikap amanah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun memberikan dasar kriteria pemimpin, ketua, pegawai dan selainnya untuk dilantik. Sebagaimana firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”
(Surah al-Qashash: 26)
Sementara dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat (jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….”
(Hadis riwayat Muslim)
Terabainya amanah iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang bukan ahlinya, adalah salah satu tanda hari kiamat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”
Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
4. Tidak ada penerapan hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam kehidupan manusia.
5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh.
6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:
(i) Lemah pendidikan agama dan etika.
(ii) Tamak.
(iii) Banyak berhutang.
(iv) Ada keinginan dan ada peluang.
(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
(vii) Untuk mencapai cita-cita.
(viii) Belanja hidup yang semakin meningkat.
Ancaman Kepada Pengamal Rasuah
Ancaman-ancaman terhadap pengamal rasuah adalah seperti berikut:
1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
3. Tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
4. Pemberi dan penerima rasuah diancam dengan api neraka.
5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah.
6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar.
7. Doa tidak diterima.
Bahaya Rasuah Dan Kesannya
Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu mencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk rasuah itu adalah seperti berikut:
1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:
(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.
2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.
3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
Penyelesaian Penyakit Rasuah
Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:
1. Menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.
2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat.
3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.
4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.
5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.
6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .....” (11)
(Surah ar-R‘ad: 11)
7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup.
8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.
9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.
10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.
11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.
Penutup
Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara‘, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:
1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.
2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.
3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.
Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur.
1.Nama asal sekolah : Sekolah Agama Pekan Pagoh,Muar.
2.Tarikh dibuka : 10 April 1960.
3.Jumlah murid : Seramai 41 orang(darjah 1&2)
4.Tenaga pengajar : Seorang guru (Tn.Hj.Abdullah bin Hj.Othman)
5.Pengasas sekolah : Tn.Hj.Abu Bakar bin Hj.Jaid
Dilantik sebagai ketua jemaah pengurus.
6.Kedudukan tapak sekolah : Tanah milik keluarga Tn.Hj.Hashim bin Yaacob.
PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN
1. .Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor iaitu Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Hj.Md.Yassin pada hari sabtu 10 April 1989.
2. Sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Agama Pekan Pagoh Petang bermula dari tarikh 1 Februari 1977.
3. Pembelajaran sesi pagi mula dibuka pada 1 Februari 1977,dengan seorang tenaga pengajar iaitu Tn.Hj.Ghazali bin Hj.Jaid.
4. 12 Ogos 1984(Ahad)-Berpindah ke bangunan sekolah sendiri di tanah wakaf(PTD.5616)
5. Asal tuan tanah :Tn.Hj Hashim bin Yaacob.
6. Bilangan guru dan murid bertambah dari masa ke semasa.
7. Bilangan darjah bertambah hingga ke darjah 6 bermula dari tahun 1984 hingga sekarang.
8. Badan Kebajikan Sekolah Agama mula ditubuhkah iaitu pada 28 Oktober 1984 bersamaan 21 Muharam 1404.
9. Sekolah ini menubuhkan kelas fardhu ain (KAFA) pada awal tahun 1993.
10. Sekolah ini juga digunakan bagi pembelajaran darjah khas negeri Johor pada setiap hari sabtu.
11. Pada Ogos 1999,sekolah ini yang dulunya ada dua pentadbiran iaitu guru besar pagi dan guru besar petang telah diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Agama Johor supaya diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu Guru Besar petang cikgu Siti binti Md.Amin sebagai guru besar manakala cikgu Amat Asro bin Selamat sebagai penyelia sesi pagi.
12. Sekolah ini juga terus aktif dalam aktiviti ko-kurikulum yang membawa kepada kejayaan dengan inisiatif dan usaha sama yang padu dari guru-guru.
VISI SEKOLAH
KE ARAH PEMBINAAN INSAN KAMIL DAN BERWAWASAN
MISI SEKOLAH
MENDIDIK KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR YANG:
1. BERILMU,BERIMAN DAN BERAKHLAK MULIA
2. BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
3. MEMPUNYAI KESEIMBANGAN DARI SEGI INTELEK,ROHANI,EMOSI DAN JASMANI
4. DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN BERGUNA KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA
5. MAMPU BERDIKARI,BERDAYA SAING,OPTIMIS,DINAMIK DAN INOVATIF.
IKRAR SEKOLAH
MAKA KAMI PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA PEKAN PAGOH BERIKRAR DAN BERJANJI:
TAAT PERINTAH ALLAH
BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
MENJAGA HARTA BENDA DAN NAMA BAIK SEKOLAH
SALING HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN
MENJADIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI PANDUAN
MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN IMAN,RUKUN ISLAM DAN RUKUN NEGARA SEPANJANG MASA
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH AGAMA PEKAN PAGOH
INDAH TEGUH BERDIRI
TUMPUAN PUTERA PUTERI
TIMBA ILMU BENTUK JATI DIRI
JASAMU GURU
AKAN TERUS DISANJUNG
AGAMA ISLAM AKAN DIJUNJUNG
UNTUK JADI INSAN TERULUNG
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
PEGANGAN HIDUP KAMI SEMUA
SOPAN SANTUN BERBUDI BAHASA
MEMBENTUK AKHLAK YANG MULIA
ILMU YANG DICURAHKAN
TERPAHAT DALAM INGATAN
NYALAKAN TEKAD CAPAI WAWASAN
DEMI KEJAYAAN MASA HADAPAN
KAMI DATANG DENGAN HARAPAN
KAMI PULANG DENGAN KEJAYAAN